WEB BLOG
this site the web

Kehidupan

Kehidupan..

Hidup itu adalah ranjau yang ditakdir..ungkapan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Setiap manusia yang hinggap di muka bumi Allah ini semestinya mengharapkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Kehidupan dunia yang dihadapkan ini hanyalah satu perjalanan menuju ke satu destinasi yang kekal abadi di akhirat nanti. Hidup di dunia bukanlah satu pilihan, bahkan ia adalah satu kemestian. Dalam perjalanan kita, makhluk yang bernama manusia ini, pelbagai macam 'perencah hidup' perlu ditempuhi..

Perencah hidup..

Bermula roh ditiupkan kepada diri kita ketika saat kita berumahkan rahim ibu, detik itulah kehidupan bermula. Kehidupan dalam rahim..9 bulan 10 hari bermulalah kehidupan kita di dunia yang penuh ranjau ini. Ibu bapalah yang menjaga siang dan malam, memberi makan dan minum, mendidik, mengasuh kita tanpa jemu bermula daripada tangan sebesar ibu jari sehingga dewasa. Terima kasih ibu..terima kasih ayah..Sewaktu kecil, kita biasanya kenal rasa satu perencah sahaja iaitu kegembiraan, tiada masalah. Namun semakin dewasa, kita dihadapkan dengan pelbagai macam perencah. Adakala kita gembira, adakala kite berduka. Bila kita dikurniakan kegembiraan janganlah sesekali lupa kepada Dia. Bersyukurlah..Namun..apabila kita diuji dengan kedukaan atau dugaan. Janganlah pula kita cepat melatah.

Dugaan oh dugaan..


Ye..kita manusia biasa. Memanglah adakalanya kita akan rasa down, sedih dan hilang punca bila kita diuji dengan dugaan yang sangat berat. Tapi ingatlah..Allah tidak akan menguji Allah orang yang tidak mampu menghadapinya. Percayalah..selepas kita dihadapkan dengan kesusahan atau dugaan, kesenangan akan menunggu kita dihadapan. Lihat sendiri lah pada kejadian Alam ciptaan Allah ini. Selepas siang adanya malam, begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir bahawa dugaan itu adalah satu derita sehingga kita berputus asa kepada Pencipta kita. Bersabarlah..kabus tidak akan berpanjangan..

Dugaan dan pengalaman

Dugaan yang dilalui sebenarnya memberikan pengalaman kepada kita. Pengalaman merupakan guru yang tidak ternila harganya. Ye 'GURU'..Pengalamanlah yang mengajar seseorang untuk berfikir, menilai, dan membongkar erti kehidupan ini. Pengalaman memang mendewasakan!

Kasih sayang..

" Jangan pernah berhenti berkasih sayang, kerana kasih sayang itulah kehidupan " ya..benar. Ramai silap mentafsir, bila disebut sahaja kasih sayang, seringkali ia dikaitkan dengan hubungan pasangan kekasih atau couple ! Fahamilah..erti kasih sayang yang sebenar. Kasih sayang kepada Allah, agama, rasul, ibu, bapa, suami, adik-beradik dan bermacam2 lagi. Kenapa kita perlu berkasih sayang? Tanpa kasih sayang jiwa tidak akan merasa tenang dan damai..Dalam perjuangan atau usaha kita menggapai kasih sayang daripada Pencipta, kita semestinya mengharapkan sahabat sejati atau soulmate yang senantiasa menemani kita. Soulmate yang simbiosis, iaitu yang saling membimbing. Andai salah seorang terjatuh atau tersungkur dalam perjalanan menuju destinasi, seorang lagi tidak betah menghulurkan tangan membantu untuk berdiri semula. Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya tidak terhingga. Sayangilah sebagaimana mereka menyayangi diri kita. Ibu yang sanggup berjaga dikala anaknya dahagakan susu di malam hari. Ayah yang sanggup mengerahkan keringat untuk mencari sesuap nasik untuk si anak. begitulah besarnya kasih sayang ibu dan ayah terhadap kita..Sebak dan hiba mengenangkan jasa mereka terhadap kita..Terima kasih ibu, terima kasih ayah..terima kasih di atas segalanya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berjumpe semula dan hidup bahagia bersama insan-insan yang disayangi di sana nanti.

Hidup sementara..

Entah berapa lama lagi kita akan berada di atas 'jalan raya' ini..Diharapkan kita sempat menyediakan bekalan yang optimum sepanjang perjalanan. Duhai 'driver' Bawalah bersama-sama ahli keluarga yang disayangi menaiki ' kenderaanmu ' dan pandulah kenderaanmu di atas jalan keredhaan untuk menuju ke 'kampung yang kekal abadi'..

InsyaAllah..Ameen

~ Kehidupan by In-team ~

0 comments:

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies