WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Kehidupan

Kehidupan..

Hidup itu adalah ranjau yang ditakdir..ungkapan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Setiap manusia yang hinggap di muka bumi Allah ini semestinya mengharapkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Kehidupan dunia yang dihadapkan ini hanyalah satu perjalanan menuju ke satu destinasi yang kekal abadi di akhirat nanti. Hidup di dunia bukanlah satu pilihan, bahkan ia adalah satu kemestian. Dalam perjalanan kita, makhluk yang bernama manusia ini, pelbagai macam 'perencah hidup' perlu ditempuhi..

Perencah hidup..

Bermula roh ditiupkan kepada diri kita ketika saat kita berumahkan rahim ibu, detik itulah kehidupan bermula. Kehidupan dalam rahim..9 bulan 10 hari bermulalah kehidupan kita di dunia yang penuh ranjau ini. Ibu bapalah yang menjaga siang dan malam, memberi makan dan minum, mendidik, mengasuh kita tanpa jemu bermula daripada tangan sebesar ibu jari sehingga dewasa. Terima kasih ibu..terima kasih ayah..Sewaktu kecil, kita biasanya kenal rasa satu perencah sahaja iaitu kegembiraan, tiada masalah. Namun semakin dewasa, kita dihadapkan dengan pelbagai macam perencah. Adakala kita gembira, adakala kite berduka. Bila kita dikurniakan kegembiraan janganlah sesekali lupa kepada Dia. Bersyukurlah..Namun..apabila kita diuji dengan kedukaan atau dugaan. Janganlah pula kita cepat melatah.

Dugaan oh dugaan..


Ye..kita manusia biasa. Memanglah adakalanya kita akan rasa down, sedih dan hilang punca bila kita diuji dengan dugaan yang sangat berat. Tapi ingatlah..Allah tidak akan menguji Allah orang yang tidak mampu menghadapinya. Percayalah..selepas kita dihadapkan dengan kesusahan atau dugaan, kesenangan akan menunggu kita dihadapan. Lihat sendiri lah pada kejadian Alam ciptaan Allah ini. Selepas siang adanya malam, begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir bahawa dugaan itu adalah satu derita sehingga kita berputus asa kepada Pencipta kita. Bersabarlah..kabus tidak akan berpanjangan..

Dugaan dan pengalaman

Dugaan yang dilalui sebenarnya memberikan pengalaman kepada kita. Pengalaman merupakan guru yang tidak ternila harganya. Ye 'GURU'..Pengalamanlah yang mengajar seseorang untuk berfikir, menilai, dan membongkar erti kehidupan ini. Pengalaman memang mendewasakan!

Kasih sayang..

" Jangan pernah berhenti berkasih sayang, kerana kasih sayang itulah kehidupan " ya..benar. Ramai silap mentafsir, bila disebut sahaja kasih sayang, seringkali ia dikaitkan dengan hubungan pasangan kekasih atau couple ! Fahamilah..erti kasih sayang yang sebenar. Kasih sayang kepada Allah, agama, rasul, ibu, bapa, suami, adik-beradik dan bermacam2 lagi. Kenapa kita perlu berkasih sayang? Tanpa kasih sayang jiwa tidak akan merasa tenang dan damai..Dalam perjuangan atau usaha kita menggapai kasih sayang daripada Pencipta, kita semestinya mengharapkan sahabat sejati atau soulmate yang senantiasa menemani kita. Soulmate yang simbiosis, iaitu yang saling membimbing. Andai salah seorang terjatuh atau tersungkur dalam perjalanan menuju destinasi, seorang lagi tidak betah menghulurkan tangan membantu untuk berdiri semula. Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya tidak terhingga. Sayangilah sebagaimana mereka menyayangi diri kita. Ibu yang sanggup berjaga dikala anaknya dahagakan susu di malam hari. Ayah yang sanggup mengerahkan keringat untuk mencari sesuap nasik untuk si anak. begitulah besarnya kasih sayang ibu dan ayah terhadap kita..Sebak dan hiba mengenangkan jasa mereka terhadap kita..Terima kasih ibu, terima kasih ayah..terima kasih di atas segalanya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berjumpe semula dan hidup bahagia bersama insan-insan yang disayangi di sana nanti.

Hidup sementara..

Entah berapa lama lagi kita akan berada di atas 'jalan raya' ini..Diharapkan kita sempat menyediakan bekalan yang optimum sepanjang perjalanan. Duhai 'driver' Bawalah bersama-sama ahli keluarga yang disayangi menaiki ' kenderaanmu ' dan pandulah kenderaanmu di atas jalan keredhaan untuk menuju ke 'kampung yang kekal abadi'..

InsyaAllah..Ameen

~ Kehidupan by In-team ~

For The Rest of My Life



Mengharapkan rumahtangga yang akan kami (WarNa = WanahmadridhuanNurulakmarina) bina tidak lama lagi dipinjamkan oleh Allah kebahagian di dunia dan kebahagian yang kekal abadi di akhirat nanti. To War, insyaAllah, for the rest of my life i'll be loving you. kata-kata yang ikhlas dari hati aku (Na).

Beautiful song that touched my heart by Maher Zain - For The Rest of My Life.

video

Pedoman

Tertarik aku dengan article ini. Article ini diperolehi daripada sumber terdekat aku. Article tu seperti di bawah. Just want to share..


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Allah kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies