WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Tahniah + Takziah 2009

6 Jan 2010 harini. Sudah 6 hari aku berada dalam tahun 2010. 2009 mengukir banyak pengalaman yang beharga untuk aku. Among them, ada 2 perkara yang memang tak akan termansuh daripada ingatan aku.

1- Tahniah

26 September 2009, alhamdulillah aku telah selamat menjadi tunangan kepada 'anyeoo' a.k.a Wan Ahmad Ridhuan.


Saranggggg :D


make-up





2- Takziah

Selang 2 bulan selepas itu, aku dikejutkan dengan berita pemergian satu-satunya nenek yang aku ada di atas muka bumi ini. Arwah Tok meninggalkan aku dan ahli keluarga yang lain pada 28 Disember 2009 baru-baru ini. Tok pergi meninggalkan kami pada usianya 71 tahun. Semoga Tok sentiasa dikalangan org-org solehah n dapat jumpe arwah To'ki di sana nanti. InsyaAllah.



Yang duduk atas kusi dari kiri; Ayoh, Arwah Tok yang cute, Ibu
Yang duduk bawah dari kiri; Aku, Adik Tiqah, Farehah

Wanita & Malu



Malu
Malu biarlah bertempat. Malu merupakan satu sifat semulajadi manusia. Aku sering mengaitkan antara maruah dan malu.Kenapa?

Wanita
Walaupun malu dipunyai oleh semua manusia baik lelaki dan wanita, namun article kali ni hanya menekankan tentang malu dalam diri wanita. Kerana? Aku seorang wanita. Kalau satu masa dahulu wanita Melayu terkenal dengan sifat malu tapi itu tidak bagi segelintir wanita Melayu pada zaman serba canggih ini. Malu yang semakin lupus itu menjadikan wanita sebagai bahan exploitasi. Lebih teruk lagi apa yang dapat kita lihat pada masa sekarang, media menggunakan wanita sebagai salah satu " Bahan " untuk melariskan jualan. Lihatlah kepada iklan shampoo, iklan perfume. Semuanya menggunakan model wanita. Hanya sedikit menggunakan model lelaki. Adakan kerana susuk badan wanita yang indah dan menawan itu harus dijadikan alasan untuk ini? Sehinggakan perlu menolak hukum-hakam Islam itu sendiri? Ke mana hilangnya hiasan pekerti seorang wanita itu? fikirkanlah..

Sedarilah, malu merupakan hiasan pekerti wanita.

Sebuah pemergian...

Baru semalam, 22 June..
..aku terserempak dgn ex-kosmate aku, An di surau FST bangi sambil memegang beg yang berisi telekung. Aku x sempat menegur die kerana ada hal yang perlu diuruskan di c2 n mengejar mase untuk balik KL semula. Dia pon nampak nak cepat. Hati kecilku menggetus, 'Erm, xpela nanti jumpe die semula lain kali aku tego'

Pagi selasa 23 June 2009..
Masa pagi tu kira-kira jamp 8.30 a.m, macam biasa aku bersiap2 untuk ke lab ngan hosmates aku jaja n kak pipah. Otw aku ke lab, jaja ada menerima satu msg drp ct kwn kitorg yang wat master kat bangi. Msg itu mengabarkan An da tiada di dunia ini..Lidah ku kelu tanpa sebarang kata kerana tidak percaya. Innalilah..Ya Allah..Benarkah ape yg aku dgr ni? Kelu

Bergegas..
Aku, n kawan2 yg duk kat KL ni teros bermuafakat untuk ke tempat kejadian. Dalam perjalanan ke sane, aku dapat melihat satu kelibat kenderaan bertayar 4 di tol bangi. Pada badannya ada tertulis POLIS FORENSIK..ha?aku pasti polis tu mesti nak g ke tempat kejadian juga..mase ni baru sampai? Sipot!!

Sesampainya aku di Kolej Za'ba UKM, aku dapat melihat sekumpulan manusia berkumpul di tempat parking motor blok C1..Dari jauh dapat ku lihat pensyarah2 aku mase degree dulu ada d c2..semakin hampir diriku ke c2, semakin laju jantungku berdegup untuk melihat jasad yang sudah tidak bernyawa itu..Bila ku lihat muka jasad itu..hati kecil ku bersuara, 'Ya..itulah An yg aku jumpe semlm'..An..ko da pergi dr dunia ini selamanya meninggalkan kami di sini..Pilu hati aku melihat jasad arwah terdampar di atas tar..tangannya patah n mukenya lebam sebelah..tapi darah tidak banyak..alhamdulilah..Allah masih memelihara jasadnya..

Mencari punca..
Aku tertanya2 mase melihat jasad yang kaku terdampar itu..bagaimana arwah boleh jatoh drp tingkat 4..aku n kosmate2 lain masih bingung..kitorang langsung tak terpikir yang arwah sengaja membunuh diri..nope..Pada masa itu, aku sempat mendengar cerita drp kawan arwah yang menumpang tido di bilik arwah pada malam kejadian..Dikhabarkan mlm itu, arwah balik drp kelas agama agak lewat..Sesampai di bilik, arwah tidak dapat tido..n arwah mengaji..Selepas itu, arwah berbaring semula di atas katilnya..diberitahu..arwah keluar dr bilik kira-kira jam 4 pagi..Mungkin ketika itu jugalah kejadian itu berlaku..Aku diberitahu arwah terjatuh di atas moto sebelum jatoh di atas tar daripada tgkat 4 blok C1 za'ba. sakitnya..sayu hatiku mendengar cerita..air mata wanita mengalir tanpa perlu dipaksa ketika itu..mujurlah jasad arwah masih elok..Allah masih memeliharanya..

Wanita yang bepekerti..
Walaupon aku bukan besfren die..tapi aku kenal dia..Aku kenal die pada 2005, aku first year undergrad mase tu..First impression aku kenal die, 'lembutnya dia ni, memang wanita idaman malaya' suarenye, mukanya sejuk n cantik untuk ditatapi..Semakin lama, aku tau memang pekertinya seindah wajahnya itu..Arwah suke mendalami ilmu agama.. Mase undergrad dulu, arwah seringkali mendapat anugerah..Tidak mudah untuk mendapat dekan bagi kitorg budak kimia dulu..aku mengagumi dirinya..pernah satu detik aku terpikir, mungkinkah inikah sikap RABIATUL ADAWIYAH yang digambarkan...

Takziah
Berat mate memandang, berat lagi bahu ahli familinya menanggung kesedihan pemergiannya..Takziah diucapkan..Pemergiannya satu misteri..Papepon, aku berharap janganlah membuat spekulasi2 buruk terhadap dia..siapalah kita manusia untuk mengetahui segalanya..semua tu, hanya Allah & arwah yang tahu..

Aku n ex-kosmate kimia..
Kitorang redha dengan pemergiannya..rangkaian kata-kata nasyid di bawah ini ditujukan khas untuk arwah..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Sekian..wasalam..
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies