WEB BLOG
this site the web

Recent Photos

image
image
image

Kehidupan

Kehidupan..

Hidup itu adalah ranjau yang ditakdir..ungkapan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Setiap manusia yang hinggap di muka bumi Allah ini semestinya mengharapkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Kehidupan dunia yang dihadapkan ini hanyalah satu perjalanan menuju ke satu destinasi yang kekal abadi di akhirat nanti. Hidup di dunia bukanlah satu pilihan, bahkan ia adalah satu kemestian. Dalam perjalanan kita, makhluk yang bernama manusia ini, pelbagai macam 'perencah hidup' perlu ditempuhi..

Perencah hidup..

Bermula roh ditiupkan kepada diri kita ketika saat kita berumahkan rahim ibu, detik itulah kehidupan bermula. Kehidupan dalam rahim..9 bulan 10 hari bermulalah kehidupan kita di dunia yang penuh ranjau ini. Ibu bapalah yang menjaga siang dan malam, memberi makan dan minum, mendidik, mengasuh kita tanpa jemu bermula daripada tangan sebesar ibu jari sehingga dewasa. Terima kasih ibu..terima kasih ayah..Sewaktu kecil, kita biasanya kenal rasa satu perencah sahaja iaitu kegembiraan, tiada masalah. Namun semakin dewasa, kita dihadapkan dengan pelbagai macam perencah. Adakala kita gembira, adakala kite berduka. Bila kita dikurniakan kegembiraan janganlah sesekali lupa kepada Dia. Bersyukurlah..Namun..apabila kita diuji dengan kedukaan atau dugaan. Janganlah pula kita cepat melatah.

Dugaan oh dugaan..


Ye..kita manusia biasa. Memanglah adakalanya kita akan rasa down, sedih dan hilang punca bila kita diuji dengan dugaan yang sangat berat. Tapi ingatlah..Allah tidak akan menguji Allah orang yang tidak mampu menghadapinya. Percayalah..selepas kita dihadapkan dengan kesusahan atau dugaan, kesenangan akan menunggu kita dihadapan. Lihat sendiri lah pada kejadian Alam ciptaan Allah ini. Selepas siang adanya malam, begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir bahawa dugaan itu adalah satu derita sehingga kita berputus asa kepada Pencipta kita. Bersabarlah..kabus tidak akan berpanjangan..

Dugaan dan pengalaman

Dugaan yang dilalui sebenarnya memberikan pengalaman kepada kita. Pengalaman merupakan guru yang tidak ternila harganya. Ye 'GURU'..Pengalamanlah yang mengajar seseorang untuk berfikir, menilai, dan membongkar erti kehidupan ini. Pengalaman memang mendewasakan!

Kasih sayang..

" Jangan pernah berhenti berkasih sayang, kerana kasih sayang itulah kehidupan " ya..benar. Ramai silap mentafsir, bila disebut sahaja kasih sayang, seringkali ia dikaitkan dengan hubungan pasangan kekasih atau couple ! Fahamilah..erti kasih sayang yang sebenar. Kasih sayang kepada Allah, agama, rasul, ibu, bapa, suami, adik-beradik dan bermacam2 lagi. Kenapa kita perlu berkasih sayang? Tanpa kasih sayang jiwa tidak akan merasa tenang dan damai..Dalam perjuangan atau usaha kita menggapai kasih sayang daripada Pencipta, kita semestinya mengharapkan sahabat sejati atau soulmate yang senantiasa menemani kita. Soulmate yang simbiosis, iaitu yang saling membimbing. Andai salah seorang terjatuh atau tersungkur dalam perjalanan menuju destinasi, seorang lagi tidak betah menghulurkan tangan membantu untuk berdiri semula. Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya tidak terhingga. Sayangilah sebagaimana mereka menyayangi diri kita. Ibu yang sanggup berjaga dikala anaknya dahagakan susu di malam hari. Ayah yang sanggup mengerahkan keringat untuk mencari sesuap nasik untuk si anak. begitulah besarnya kasih sayang ibu dan ayah terhadap kita..Sebak dan hiba mengenangkan jasa mereka terhadap kita..Terima kasih ibu, terima kasih ayah..terima kasih di atas segalanya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berjumpe semula dan hidup bahagia bersama insan-insan yang disayangi di sana nanti.

Hidup sementara..

Entah berapa lama lagi kita akan berada di atas 'jalan raya' ini..Diharapkan kita sempat menyediakan bekalan yang optimum sepanjang perjalanan. Duhai 'driver' Bawalah bersama-sama ahli keluarga yang disayangi menaiki ' kenderaanmu ' dan pandulah kenderaanmu di atas jalan keredhaan untuk menuju ke 'kampung yang kekal abadi'..

InsyaAllah..Ameen

~ Kehidupan by In-team ~

For The Rest of My Life



Mengharapkan rumahtangga yang akan kami (WarNa = WanahmadridhuanNurulakmarina) bina tidak lama lagi dipinjamkan oleh Allah kebahagian di dunia dan kebahagian yang kekal abadi di akhirat nanti. To War, insyaAllah, for the rest of my life i'll be loving you. kata-kata yang ikhlas dari hati aku (Na).

Beautiful song that touched my heart by Maher Zain - For The Rest of My Life.

Pedoman

Tertarik aku dengan article ini. Article ini diperolehi daripada sumber terdekat aku. Article tu seperti di bawah. Just want to share..


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Allah kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Tahniah + Takziah 2009

6 Jan 2010 harini. Sudah 6 hari aku berada dalam tahun 2010. 2009 mengukir banyak pengalaman yang beharga untuk aku. Among them, ada 2 perkara yang memang tak akan termansuh daripada ingatan aku.

1- Tahniah

26 September 2009, alhamdulillah aku telah selamat menjadi tunangan kepada 'anyeoo' a.k.a Wan Ahmad Ridhuan.


Saranggggg :D


make-up





2- Takziah

Selang 2 bulan selepas itu, aku dikejutkan dengan berita pemergian satu-satunya nenek yang aku ada di atas muka bumi ini. Arwah Tok meninggalkan aku dan ahli keluarga yang lain pada 28 Disember 2009 baru-baru ini. Tok pergi meninggalkan kami pada usianya 71 tahun. Semoga Tok sentiasa dikalangan org-org solehah n dapat jumpe arwah To'ki di sana nanti. InsyaAllah.



Yang duduk atas kusi dari kiri; Ayoh, Arwah Tok yang cute, Ibu
Yang duduk bawah dari kiri; Aku, Adik Tiqah, Farehah

Wanita & Malu



Malu
Malu biarlah bertempat. Malu merupakan satu sifat semulajadi manusia. Aku sering mengaitkan antara maruah dan malu.Kenapa?

Wanita
Walaupun malu dipunyai oleh semua manusia baik lelaki dan wanita, namun article kali ni hanya menekankan tentang malu dalam diri wanita. Kerana? Aku seorang wanita. Kalau satu masa dahulu wanita Melayu terkenal dengan sifat malu tapi itu tidak bagi segelintir wanita Melayu pada zaman serba canggih ini. Malu yang semakin lupus itu menjadikan wanita sebagai bahan exploitasi. Lebih teruk lagi apa yang dapat kita lihat pada masa sekarang, media menggunakan wanita sebagai salah satu " Bahan " untuk melariskan jualan. Lihatlah kepada iklan shampoo, iklan perfume. Semuanya menggunakan model wanita. Hanya sedikit menggunakan model lelaki. Adakan kerana susuk badan wanita yang indah dan menawan itu harus dijadikan alasan untuk ini? Sehinggakan perlu menolak hukum-hakam Islam itu sendiri? Ke mana hilangnya hiasan pekerti seorang wanita itu? fikirkanlah..

Sedarilah, malu merupakan hiasan pekerti wanita.

Sebuah pemergian...

Baru semalam, 22 June..
..aku terserempak dgn ex-kosmate aku, An di surau FST bangi sambil memegang beg yang berisi telekung. Aku x sempat menegur die kerana ada hal yang perlu diuruskan di c2 n mengejar mase untuk balik KL semula. Dia pon nampak nak cepat. Hati kecilku menggetus, 'Erm, xpela nanti jumpe die semula lain kali aku tego'

Pagi selasa 23 June 2009..
Masa pagi tu kira-kira jamp 8.30 a.m, macam biasa aku bersiap2 untuk ke lab ngan hosmates aku jaja n kak pipah. Otw aku ke lab, jaja ada menerima satu msg drp ct kwn kitorg yang wat master kat bangi. Msg itu mengabarkan An da tiada di dunia ini..Lidah ku kelu tanpa sebarang kata kerana tidak percaya. Innalilah..Ya Allah..Benarkah ape yg aku dgr ni? Kelu

Bergegas..
Aku, n kawan2 yg duk kat KL ni teros bermuafakat untuk ke tempat kejadian. Dalam perjalanan ke sane, aku dapat melihat satu kelibat kenderaan bertayar 4 di tol bangi. Pada badannya ada tertulis POLIS FORENSIK..ha?aku pasti polis tu mesti nak g ke tempat kejadian juga..mase ni baru sampai? Sipot!!

Sesampainya aku di Kolej Za'ba UKM, aku dapat melihat sekumpulan manusia berkumpul di tempat parking motor blok C1..Dari jauh dapat ku lihat pensyarah2 aku mase degree dulu ada d c2..semakin hampir diriku ke c2, semakin laju jantungku berdegup untuk melihat jasad yang sudah tidak bernyawa itu..Bila ku lihat muka jasad itu..hati kecil ku bersuara, 'Ya..itulah An yg aku jumpe semlm'..An..ko da pergi dr dunia ini selamanya meninggalkan kami di sini..Pilu hati aku melihat jasad arwah terdampar di atas tar..tangannya patah n mukenya lebam sebelah..tapi darah tidak banyak..alhamdulilah..Allah masih memelihara jasadnya..

Mencari punca..
Aku tertanya2 mase melihat jasad yang kaku terdampar itu..bagaimana arwah boleh jatoh drp tingkat 4..aku n kosmate2 lain masih bingung..kitorang langsung tak terpikir yang arwah sengaja membunuh diri..nope..Pada masa itu, aku sempat mendengar cerita drp kawan arwah yang menumpang tido di bilik arwah pada malam kejadian..Dikhabarkan mlm itu, arwah balik drp kelas agama agak lewat..Sesampai di bilik, arwah tidak dapat tido..n arwah mengaji..Selepas itu, arwah berbaring semula di atas katilnya..diberitahu..arwah keluar dr bilik kira-kira jam 4 pagi..Mungkin ketika itu jugalah kejadian itu berlaku..Aku diberitahu arwah terjatuh di atas moto sebelum jatoh di atas tar daripada tgkat 4 blok C1 za'ba. sakitnya..sayu hatiku mendengar cerita..air mata wanita mengalir tanpa perlu dipaksa ketika itu..mujurlah jasad arwah masih elok..Allah masih memeliharanya..

Wanita yang bepekerti..
Walaupon aku bukan besfren die..tapi aku kenal dia..Aku kenal die pada 2005, aku first year undergrad mase tu..First impression aku kenal die, 'lembutnya dia ni, memang wanita idaman malaya' suarenye, mukanya sejuk n cantik untuk ditatapi..Semakin lama, aku tau memang pekertinya seindah wajahnya itu..Arwah suke mendalami ilmu agama.. Mase undergrad dulu, arwah seringkali mendapat anugerah..Tidak mudah untuk mendapat dekan bagi kitorg budak kimia dulu..aku mengagumi dirinya..pernah satu detik aku terpikir, mungkinkah inikah sikap RABIATUL ADAWIYAH yang digambarkan...

Takziah
Berat mate memandang, berat lagi bahu ahli familinya menanggung kesedihan pemergiannya..Takziah diucapkan..Pemergiannya satu misteri..Papepon, aku berharap janganlah membuat spekulasi2 buruk terhadap dia..siapalah kita manusia untuk mengetahui segalanya..semua tu, hanya Allah & arwah yang tahu..

Aku n ex-kosmate kimia..
Kitorang redha dengan pemergiannya..rangkaian kata-kata nasyid di bawah ini ditujukan khas untuk arwah..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Sekian..wasalam..

Sedih atau pedih? ape tu?

Manusia memang dilahirkan dengan perasaan. Ini terbukti oleh sistem biologi manusia itu sendiri iaitu hati. Hati la yang melahirkan perasaan. Kegembiraan dan kesedihan adalah perasaan yang dilahirkan oleh hati yang dicipta & dikurniakan Allah. Tapi mlm ni, aku nk discuss pasal sedih..hehe..Bersedih boleh memaximumkan pressure dalam kepale.. Nape ye? Kdg2 manusia menilai sedih itu sebagai penyakit hati.. Bersedih bagi aku adalah normal phase not reverse phase. Itu aku pasti.. Bila masa ek perlu sedih? Ia akan hadir tiba² mengikut situasi dan keadaan..

Manusia ni berbeza..Multivariate! Tgok daripada fingerprints pon da tau memg berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang anggap sedih itu indah.. Salunye kesedihan menjadi satu memori tatkala bunga kegembiraan nak mekar harum. Ada yang rase, kesedihan sgt sukar dipendam ataupun dipadam.. Sumenye bergantung kepada punce contengan..

Sebenarrnya, bukannya susah mencari kegembiraan seperti sesusah menerima kesedihan.. bagi aku, kegembiraan yang Allah kurniakan perlu dinikmati supaya boleh jadi bekalan tatkala mengalami kesedihan nanti.

Aku pernah dengar org kate, aku memg dilahirkan untuk sedih. Bg aku salah. Aku kurang setuju.. baby manusia yang lahir mcm kain puteh..xde pon tulis kat muke die..baby ni jadi untuk sedih, baby ni untuk gembira.. jadi nape nk kate dilahirkan begi2?

Cume yang belegar2 dalam otak kiri & otak kanan aku nih..

1. Perlukah kesedihan itu dikongsi?
2. Apakah Implikasi kesedihan?

Touching

Dalame aku x publish post..sebab cam ade keje sket. yeke? yekot..hehe..mlm ni pon hati aku telah menggerakkan jari jemari aku untuk menulis. Ni boleh dikatakan as luahan perasaan. Lately ni aku berase agak sayu..biasela, aku pon cam homo sapiens yg lain ade perasaan gembira, sedih, sayu, suke & duka..hati aku sayu sekali bile terkenang ibu & ayoh & adik2..Sejak daripada kecik ibu ayoh bela aku dengan baik sekali tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada aku. Aku harap, Allah sentiasa memelihara ibu ayoh aku & jadikan aku anok yang mithali untuk diorg. Hmmm..wuteva aku wat, ibu ayoh sentiasa bersama aku. Pendek kate cam back bone aku la. Aku sayang sangat diorang. Jika suatu hari nanti aku berkahwin, aku pon berharap supaya suami yang aku sayangi pun ley jadi back bone untuk aku. Aku pulak, InsyaAllah, aku cube menjadi yang terbaik untuk org yang aku sayangi..hmmm..

Berbeza


Kalo previous post aku, aku de ckp pasal muke ketat..kali ni aku tlh mendapt ilham untuk ckp2 pasal Kawan @ Kawan rapat @ Sahabat..Aku rase ramai org tahu cane nk bezakan antara istilah 'kawan' n 'kawan rapat'..TETAPI..aku rase ade yg masih x faham ngn beza 'kawan rapat' n 'sahabat'..ni aku nk deliver idea sket about those 3 words..

KAWAN<-->KAWAN RAPAT<-->SAHABAT

Eh? betol ke arrow aku wat tuh?betol3x..flow cam kat atas ley jadi..Flow cam bawah pon ley jadi

KAWAN-->KAWAN RAPAT

Tapi semestinyakah kawan menjadi kawan rapat?Samakah maksud kawan rapat menjadi sahabat?
Daripada sudut perspektif otak aku,aku rase tak semestinya kawan ley jadi kawan rapat..n kawan rapat n sahabat itu membawa maksud yang berbeza..
KAWAN
-kawan ni bile kite kenal name die,sape die g2 jer..surface area je kite tau..

KAWAN RAPAT
-kawan rapat bagi aku adalah kwn yg salu ade kat mane kite g dari zahirnya..tapi dari segi batinnye..xsemestinye kawan rapat ni salu ade dalam hati..kdg2 xsemestinye kite share segalanye..lain plak dengan sahabat

SAHABAT
-sahabat bagi aku adalah kawan..diela kawan rapat..diela kwn biase..walo xnmpk dari zahirnye ketulusan sahabat bersahabat kdg2 wat rase terharu..Sahabat ada di mana sahaja di kala kite susah senang.Die memberi tanpa mengharap balasan.Bagi aku la..(tibe-tibe sebak)..kasih syg seorg sahabat susah nak cari..cume 1 dalam sejuta..

Sume ni daripada perspektif otak aku..kalo korg nye perspektif x tau r lak..

Muke ketat @ muke skru ketat

Pernah x bile korang jalan2 kat sogo ke, UO ke, Ou ke megamall ke, da mall ke, mane2 la asal public place la kan..korang terjumpe type muke cam dalam pict tu? Ape eh perasaan mase korang tgok jenis type2 jenis muke g2? Amacam berani tego? Aku rase kan mesti ramai x berani..Ok..meh sini aku bagi korang satu cite nie;

Sebelum aku bagi cte ni, aku nk bg tau korg bahawa cerite ni hanyalah rekaan semata2 takde kene ngena ngn yang idop or org yg da pergi alam lain k..

Satu hari ni..ada 2 orang staff baru reg sebagai pegawai penyelidik di lab satu pusat penyelidikan ni..Dua org ni mempunyai 2 ciri yang berbeza..si X n si Y..n sesampai nye diorang kat dalam makmal tu, ade la 2 org g staff lame..jadi..

Si Y: Hi..saye Y (sambil senyum mesra)
Si X: Saye X..korg ni name pe ye? (muke biase je ala2 ketat & xmesra)

Si A: A
Si B: B

Si X n Si Y (tanye serentak): Asal mane?duduk mane?

Si A n Si B: Duk Ulu Jabo..(mate hanye pandang si Y je..tanpa memandang X pun..)


n bile si X n si Y kua drp lab tu..mulela si A n si B mengata..si X tu sombong,muke xnk senyum pon ngn orang..

Pe pendapat korg? Maybe ade betol n ade gak yg x betol dengan tanggapan diorg.. Sumtyme, first impression tu betol n sumtyme xbetol..Type org cam si X tu r kite panggil MUKE KETAT. Ala2 muke cam dalam pict kat atas tu..

Muke ketat @ muke skru ketat

Aku rase aku tergolong dalam golongan muke skru ketat ni gak. Aku rase ramai org kat lua sane anggap org muke ketat ni sombong + garang + tak mesra + etc yg -ve. kepada yg bermuke ketat di lua sane..korg stuju x?

Bagi aku, aku x stuju..bak kate pepatah omputeh.."dun judge a book by its cover"..haha..g2..tak baik tau p.k g2..sebenarnye muke ketat memg da nature dari kecik2 g..n then org yang muke ketat ni memg pada awal2 die kenal org, die x semesra org muke longgar. Org muke longgar, awal2 kenal da senyum2, beramah mesra mcm da kenal lame..pe kes? org muke ketat awal2 lek2 lu..borak2 biase dulu..x g2..

Salah satu ciri yg boleh aku puji org2 yg muke ketat ni, diorg TELUS dalam berkawan..x suke ckp x suke..n diorg x pandai berpura2..xmcm type org muke longgar..kdg2 org muke longgar ni PR (public relationship bagos) n mudah didekati..tapi SR (specific relationship) bile da kenal lame2 kiokkk rupenye..bukan cam yg kite bajet..tp x sume r gak org longgar g2..ade yg longgar betol2..

Selain itu, org muke ketat ni ley wat SAHABAT r bile kene care..Memg la awl2 nampak mcm susah didekati tapi bile da kawan baru tau cane..sumtyme bile kene molek, org muke ketat lebiy mesra daripada org muke longgar..

BAIK HATI..ha..org muke ketat ni baik hati tau..x semestinye lua ketat..hati die pon ketat..tidak sama sekali..
GILE_GILE se g perangai org muke ketat ni..tapi die gile_gile tgok org r..org yg dieley gile_gile die gile_gile..kalo x, x r..

Daripada sudut cintan cintun

Aku rase kan ramai lelaki di lua sane menganggap pompuan muke ketat ni susah diorg nk dekat kan..kalo ade terminat pon, x berani nk tego..sebab takot kene tengking..elooo wahai lelaki2 di lua sane aku mewakili org2 yg muke ketat ni..sebenrnye org muke ketat ni x mcm 2..bile kwn OK cerr.. +ve la sket..pe ni beb..xcube g pon da takottt..xdenye org2 muke ketat ni nk tengking korg wahai lelaki2 di lua sane kalo korg tego dengan penoh hormat..xcaye cube tanye ENCIK GULA MANIS..hehe..kan GULA MANIS? bukannye 'phewitt' 'phewiitt'..2 memg pantang r..

Longgarkan skru

Act org muke ketat ni, skrunye xla seketat yg di jangke..skru diorg same ngn org lain..ley gelak + ketawa. Cume sinaps diorg nk longgarkan skru tu lambat sket je..takes tyme..

tapi..cane eh skru aku terlonggar???









Tidak faham..

Aku tidak faham nape ade manusia:

- Nampak pandai tapi bodoh
- Nampak hebat tapi hampeh
- Ade manusia yang inginkan kejayaan hasil daripada kejatuhan orang lain?
- Suke ngadu-ngadu mende yang tak patot ngadu
- Suke tengok orang kene marah
- Suke menyerabutkan kepala orang
- Suke tengok orang bermasalah
- Derita bile tgok orang senang
- Tak nak mengaku tak tau menguruskan kerja-kerja secara sistematik

Kenape ye?

Eh, mcm lagu amy mastura lak : "kenapa mengapa usah ditanya aaa"

Nape tak perlu tanye? Sebab jawapannya ada pada manusia itu..hakhak

Hot air balloon-putrajaya


peacock balloon-catch me

kids yg excited

belon bertebangan

banyak gile manusia


Frust tol aku mase tu sebab tak dpt naik belon tu..hurm..tak tau r plak rupenye kene book tiket awl2..huaaa..so mase tu aku ngn duwey g bergambo la..tp so far ok la..dpt gak tgok belon panas live walopon cuace mase tu panas + terik..

mimi


Mimi mase kecik dulu..hehe..



Mimi dewase da: sedang tdo ngn bear adik aku

Rindu kat mimi..da 3 minggu aku x jumpe die..xsabo nk balik kuantan jumpe die..mimi ni kucing kesayangan aku..memg syg gile r..mimi ni ade ciri2 ni

1) Comel gile-ade 3 warne:majoriti puteh+coklat sket+itam sket

2) Pandai gle-xsusah nk jage kucing cam die..die tau di mane die perlu 'membuang'..aku sendiri tak tau cane die ley duk 'membuang' dlm mangkok toilet same seperti manusia. memg mabeles.aku kagom.

3) Pembersih-die tak suke bulu die messy.sentiase jilat2 bulu.

4) Tak cerewet makan-die mkn je ape.cume!die x suke perot ikan,insang n ape2 organ dlam.mcm aku la plak.hehe

5) Meniru gaya manusia-tau x,mimi aku tdo cam aku tdo.kalo aku balik kuantan die salu tdo ngn aku.suke bermanje.siap tru gare aku.kepala die duk atas bantal aku,bdn die straight selari ngn aku.memg menakjubkan la.mase aku baru2 bela die dulul aku x tau die blaja dr mane.bijak2.n then mase ibu aku melawat new birth jiran aku.die pon g melawt.yg x tahan tu,die duk perhatikan baby yg baru lahir tu.konon nk tru gaye ibu aku.haha..mimi yg lawak

6) Die tak takot air-byg kan aku duk bermain2 air basoh park kete lua umah aku,die ngn relek je duk atas airyg banyak n bertakung..fuh..salute r..

7) Berani-kalo b4 ni aku pernah tgok monyet2 panjat pokok mase aku wat degree dulu.Tp!skrg aku leh tgok mimi aku pnjt pokok mempelam yg sgt tinggi,bumbung umah dgn selambe badak..ade tu,aku tgok geng2 die yg lain nk ikot gak.Tp,of course r,xley tru heroin aku seko tu..hehe..mimi..brave girl

8) Berdikari-die selalu memburu serangge dari lua mcm belalang, iguana kecik untuk die bermain2..n siap bagi g kat kucing aku seko g,boboi yg kurg cerdik n tidak berdikari itu makan.dayus tol boboi tu!huh

9) Macho-mimi ni comel+dlm mase yg same die macho+xgatal pon bile kucing lain nk ngorat..kagom aku

Sekian cite pasal mimi..

Definasi

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

petikan dari sebuah artikel

...............................................................................................tamat...........................................................................................................................

Kesimpulannya, xpaya r terlalu memilih cinta, ditakuti terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Misteri Nusantara

12 Feb 2009..
khamis malam jumaat..
Mase tu, aku + housemates + kak azie reramai g da Mall dekat PWTC nk celebrate kak Fifi nk fly wat pHD ke luar..kitorg mkn pizza reramai..enjoy tyme! Dah selesai mkn..kitorg separate. Ade yg balik umah, ade yg plan nk g satu tempat. Tp tempatnye x tau g di mana. Aku, jaja, kak pipah & kak farah adalah tergolong dalam kumpulan yang nk g jalan kat satu tempat tapi x tau di mana..At last, kak pipoh suggest g titiwangse. Disokong plak oleh kak farah. kitorg pe g..g r titiwangse tu..

xsilap aku dalam 10.00 p.m lebiy g2 r..
Sampai kat tasik titiwangse..amik site parking n turun kete..kitorg pon jejalan r sekitar tasik tu..konon nk tgok suasana titiwangse mlm hari..hhuhu..jalan punye jalan sekeliling tasik tue, ade r nampak satu bench..kwasan tu samar2 gak..xgelap..x terang..kitorg pon g r duduk c2..di kiri kotorg ade 2 or laki n pompuan & di kanan kitorg ade 1 pompuan & 2 lelaki..aku & kak pipoh duk atas kerusi.. n jaja, kak azie & kak farah duk kat bawah..sebab bench x cukup..hihi..3 org yg duk bawah nie..duk borak bla bla..aku diam jer..n mate aku melilau..mklumla, aku ni kan penakot..

zzzaaasssssssssssssss...
Huahua..mate aku yg melilau ini ade catch sumtin dari jauh..aku nampak org ni pakai tudung + t shirt + bawak payung + tshirt masuk dalam seluar..so taula aku yg die ni pompuan.Nampak dalam lingkunagan usia awal 50-an.mule2 x nampak pelik..tapi bile makin lame aku tgok..die cam pelik..bile kat kwasan cerah..bdn nye membongkok..n bile kat kawasan gelap..die tegap..lagi mensangsikan bile..die duk melilau kiri kanan mcm cari sumtin..pandg atas pokok besar..secara logiknya..berani ke pompuan tua sorg nk jaln dalam gelap? bolehke bongkok berubah2? ade ke susuk badan pompuan pelik mcm 2..?arhhhhh...mase tu kepale aku rase besar + seram..bulu roma aku naik..aku pndg kak pipah..n aku tanye r kak pipah rase x ape yg aku rase..?rupe2 nye die pon same ngan aku..dari tadi duk tgok org tu..kitorang same2 da SERAM!

Semakin Hampir..
Lame2 aku tgok die makin hampir ngn kitorg..semakin hampir..aku & kak pipah da cuak2 daaa..aku da goyang2 badan 3 org yg tgah borak ni..ajak lari..[jom jom]..pe g aku n kak pipah g r jalan cepat2 move dr c2..dan dan..pndg belakg diorg xde..tgok2 rupe2nye dorg tecicir barag lak..adusss..mcm cite dlm tv lak..brg tecicir tu dekat je ngan org tu..aku da teketar2 nk kuakan hp dari poket jeans nk kol kak azie bg tau suh jauh..panik nye pasal..sampai nk cari no kak azie pon x jumpe nk bg tau diorg suh move jauh!!!..bongek kema!lame2 kitorg semakin jauh dari org tu..aku nampak org tu g jalan kat kawasan gelap sorg2..n lame die tenggelam di dalam gelap..n sampai sekarang aku n diorg tak tau siapa org tu?adakah die
org biase?DBKL?JAWI?JAIS?PENGAMAL ILMU?JIN?misteri nusantara tol..

hurmm...hanya Allah yang tahu..

Kuda & Roda



Pada satu masa dahulu, setelah seorang anak raja ini penat mengembara menggunakan kereta kuda, baginda pun berehat dan terus beradu di bawah sepohon pokok. Sedang baginda berehat, pengawal baginda sempat merakam perbulan antara roda & kuda: Berikut adalah petikan perbualan antara Roda & Kuda:

Roda: Kuda..aku nk tanye kat ko satu soalan ley x?
Kuda: Ha..pe die?tnye r..aku no halz..

Roda: Kuda, ko rase best tak jadi kuda?

Kuda: Erm..nape ko tanye?
Roda: Saje..aku pon nk gak tau
Kuda: ooo..ingt pe hal la tadi..erm..aku suke jadi kuda..(kuda tu pon senyum bangge)

Roda: Nape?
Kuda: Sebab..aku boleh lari laju..Tu r, Tuanku sayang kat aku gile2..ko ingat senang ke
Tuanku nk sayang binatang..?Aku dimandikan..bulu aku cantik dan bersih..gigi aku pon berkilat..tgok!haha..(gelak kuda membanggekan diri)

Roda hanye tunduk, tersenyum pahit & berkata..


Roda: Bestla ko kuda..ko tak macam aku..
Kuda: Pe plak ko ni? Cam sediy je..pe kes? Ko tak suke ke jadi roda?
Roda: Aku x kate pon aku x suke jadi roda..manusia dah cipta aku jadi roda..jadi je la..cume ye la..bentuk aku pon ko tau kan mcm mane..bukan cm bentuk ko..unik..

Kuda yang bongek pon tengok roda dan berkate..


Kuda: Nape? Bentuk ko petak ke?
Roda: Ko ni..aku bentuk bulat la..oleh sebab aku bentuk bulat la..aku kdg2 bernasib baik..kdg2
tidak bernasib baik..ko taukan bile aku duk kat bawah, badan aku terkena batu, pasir, habuk jalan n mcm2 la..aku sakitt..kdg2 bile tyme aku ditugaskan untuk berputar laju, badan aku luka-luka..badan aku dah tak cantik haus..roda lain pon xnk kwn ngan aku.
Kuda: Ko ni wat aku rase sediy lak..erm..cane lak kalo ko ka atas..?

Roda: Bile aku duk atas, aku rase best..sebab bdn aku x pyh mencecah tanah..aku bersih,
xluka-luka..aku rase hepi..Rase hepi yg teramat sgt tu kdg2 wat aku lupe yg nanti badn aku sedang berputar untuk duk bawah lak..saat itu la baru aku sedar yang idop aku ni x salu duk kat atas..aku sentiasa berputar..untuk berada di atas & di bawah..

-------------------------------------------Sekian kisah kuda & roda----------------------------------------------------

Begitulah tadi kisah roda & kuda..sian roda..actually..da same thing happened, happening, & will be happened to me..idop aku ni..ade turun naiknye..ibarat roda tadi gak r..ade hari..aku rase so excited, gile2 n happy..mcm nk idop seribu tahun..tapi..bukan salu aku berperasaan mcm 2..mcm roda tadi gak..die akn rase sakit..bile die duk kat bawah..same je ngan aku..kdg2 aku rase sediy, kesot, sensitip, n so on..cume semuanye depends on me, cane nk make it O.K..yela..bak kate orang..idop ni..kalo flat je..without naik, turun, xde cabaran la plak..cane2 pon segalenye mesti beringat, sabar & ikhlas..aja aja!!hehe..

penat..

Da lame aku x tulis dalam blog nie..sume ni sebab lately aku cam penat..lately byk ngat perkare nk dibuat..sakit..

Dulu 2008 kini 2009

Tahun baru...
Sedar tak sedar,sekarang aku da duduk dalam tahun 2009.Seiring dengan peningkatan tahun,umur aku jadi 23..hukhuk..da dewasa aku..Tahun 2008 berlalu meninggalkan aku..

2008..

Istimewanya aku pada 2008
2008 kire tahun yang bermakne untuk aku sebab pada tuhun itulah aku dikurniakan BSc (Kimia) setelah 3 tahun aku berhempas pulas untuk sekeping BSc.alhamdulilah..Pada tahun itu jugak aku mula menyambung pelajaran aku keperingkat MSc(farmasi).

Kurangnya aku pada 2008
Target aku masih tak tercapai..aku target hbes BSc aku nk cari kerja sebagai PEGAWAI PEN YELIDIK di sesebuah company yang boley sponsor aku continue master..Jadi gaji pon lumayan n aku dapat master.So dapat bagi lebih kat parents aku,dapat beli kereta hasil titik peluh sendiri sebuah..bestnye kalo mcm 2..tapi aku x dapat seme tu pada 2008..Tapi xpe..bukan rezeki aku

2009..
Pada tahun 2009 ni..aku nk:

-->siap projek master aku cepat2 + selamat..insyaAllah..
-->nk jadi muslimah yg lagi baik..(hehe)

Asing-asing, pisah-pisah, separtion!

Asing-asing?ape ke bendanye?

Ctenye mcm nie..projek aku pasal herba hempedu bumi..total 150 Kg.Sumenye adalah dari 10 tempat yg berlainan dalam Malaysia & 5 tempat di Indonesia.First thing i did is asing-asing, pisah-pisah batang n daun hempedu bumi yang tlah kering itu..first aku bukak plastik yang berisi hempedu bumi aku tekezottttt....

haiyak!!!
cane aku nk separate batang n daun die nie?arghh..susahnye..supplier anta hempedu bumi yang da di potong2..daun kecik2,ciput2..aku pun mulai blur..cane aku nk separatenye cani?no idea*?!?#

Aku pon g jumpe DR JAMIA,supervisor aku,nk tanye cane..dengan harapan die kate takyah separate..only do area part je..tapi..tekaan akumeleset..haha..kene separate gak..aduu..aku mule r penin..

aku mule p.k..ntah ble nk siap projek aku kaloaku asing pakai tgn satu2..isk2..mane mungkin..xlogik..

aku pon kecoh2 bincg ngan kak pipah & jaja..aku nampak bakul isi radas warna merah..pastu kak pipah amik!TiNG!!!idea is coming..

KAEDAHNYE:

-->Sampel diletak di dalam bakul yang ade lubang kecik
-->Sampel diramas2 sehingga daunnye menjadi halus dan kecil
-->Sampel diayak
-->Yang jatuh ke bawah ialah daun
-->Yang tinggal ialah batang

yezzzaaaaaaaaaaa....bijak2..hehe..

pas ari2,aku gune kaedah tu la nk separate sample aku..hehe..so far aku da berjaya siapkan 40 KG..sekarg tgah wat sampel ke-5..sampel ni sungguh pahit..rase ke kerongkong walopon pakai mask..tp its ok..die berubat..

huhu..sampel aku memberikan kegatalan kepada kaki aku..huhu..asal balik je dari lab..kaki aku ade bijik2..sebab kotor kot sampel ni..lagipon..kulit aku ni sensitif sgt..huh!so,aku aku kene pakai stokin duk lab..melindungi kaki aku yg manje..kalo x!aku ni selambe badak air je pakai selipar.

Begitula citenye for da first step project aku..pasni ape lak ntah..aku pon x tau

Berdebar...takot...

Ya Allah...permudahkanlah jalan ku..

Hanye DIA sahaja yang faham perasaan aku sekarang...berdebar + takot n sume ade dalam diri aku...Satu mase dulu, b4 aku sambung master nie, aku pernah mintak pendapt kak eli...die ade ckp..."akma..sambung master nie...banyak dugaan + cabaran...xde org paham..melainkan die sendiri yang sambung..."Die ade bg tau aku dulu...aku kene bersedia...sambung master nie...aku x leh nk senang duduk mcm org lain...aku pelu berkorban...xkire dari segi duit or kehidupan..Ya! betol kate kak Eli..sekarang aku mule merasakannya sedikit...Tapi takapa...aku x pernah menyesal dengan keputusan aku untuk sambung master dalam bidang yg aku minat ni...analisis...Ibu & ayah sudah semestinya sangat2 gembira dengan aku...aku datang daripada family sederhana...ibu + ayah aku bukan lah berpelajaran tinggi...tapi ibu + ayah aku hebat...sebab walopon ibu + ayah tak berpelajaran tinggi...ibu + ayah aku berjaya membesarkan aku sehingga aku menjadi manusia yang berguna...aku sangat2 sayang kat diorang...

Masenye telah hampir2 tibe untuk aku memulakan experiment projek master aku nie...Tapi x tibe lagila..maybe by da end of DISember...Sampel2 aku sume da sampai, lab pon da nk siap renovate...Lab aku sekrg cume menanti waktu untuk diisi instrument2 dari warehouse...Cume yang tinggal sekarang...aku perlu mencari banyak method yang seswai untuk run experiment...sebab projek aku is DEVELOP METHOD nk publish...nk cari method bukannye senang...susah...sebab method ni la yg perlu aku try n error...if success yurp! I can proceed.. If nope..owh...I need to repeat2 n repeat till i find out the true ones...Takotnyer...takotnyer...bongek kan aku? Di bawah adalah petikan dialog daripada perbualn telefon aku dengan duwey...

Aku : Takotnye ngan master nie..
Duwey : Ape yg awak takot..
Aku : Takot...master...sebarang risiko leh jadi
Duwey : Jangan la wat sampai jadi risiko...
Aku : Terdiam (tgah p.k???blur..jgn wat sampai risiko terjadi??ape tu?haha..blur)
takotttt..
Duwey : Ape lagi awak ni takot ape...xfahamla..

...................end.......................

Berikut adalah perbualan aku dengan DR JAMIA (penyelia aku)

Aku : DR, saya takot n berdebar2 la rase wat master nie...sy bukan pandai sangat.
DR : Ala...xde ape...same je mcm kerja RA cume u perlu present progress report selalula...
xde pela... (sambil mengerutkan dahi + senyum)
Aku : InsyaAllah DR (sambil senyum...n dalam hati..berkata..DR xpela..pandai,aku ni baru
merangkak..haha..pastu aku pon mintak izin kua dari opis die)

..................end.......................

mcm2 aku nie...hehe..papepon...aku akan berusaha dan menyerah kan segalanya kepada ALLAH supaya DIA memudahkan jalan2 hidop aku...

aminnnn..........
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies